Saturday 30 August 2014



KULIAH MAGHRIB KHAS USTAZ AZHAR IDRUS DI MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

PADA: 23 MAC 2013 (11 JAMADIL AWWAL 1434H)

MASA: SELEPAS SOLAT MAGHRIB

KITAB : ANAK KUNCI SYURGA (MUKASURAT 20)


SHAH ALAM

Bandar Raya Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Negeri Selangor Darul EhsanMalaysia. Bandar raya ini terletak di antara Klang dan Petaling Jaya, kira-kira 25 km di barat bandar raya Kuala Lumpur. Jumlah penduduknya; 646 890 orang [1] dan dijangka meningkat menjadi 700 000 orang pada 2014 setelah siapnya beberapa projek perumahan dan sub-bandar di sekitar Shah Alam. Bunga rasminya ialah bunga Anggerik 'Renantanda Shah Alam' dan burung rasminya pula ialah burung undan. Secara rasmi Bandar raya ini digelar dengan gelaran 'Bandar Raya Anggerik'. Pada suatu masa dahulu, Shah Alam pernah terkenal dengan jolokan 'Bandar Perindustrian' kerana tertubuhnya banyak kawasan-kawasan perindustrian yang menempatkan sejumlah kilang-kilang multinasional sekaligus banyak menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi hingga mempercepatkan pertambahan bilangan penduduk dan kepesatannya.

Sejarah Awal Shah Alam

Shah Alam pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Sungai Renggam dan Batu Tiga mula berkembang setelah British membina laluan keretapi dari Port Swettenham (Pelabuhan Klang) ke Bukit Kuda diKlang dan menghubungkannya dengan Kuala Lumpur pada tahun 1886.
Kedudukan Sungai Renggam adalah strategik kerana terletak di antara Petaling Jaya dan Bandar Diraja Klang serta dihubungkan melalui satu-satunya lebuhraya pada ketika itu iaitu Lebuhraya Persekutuan dan lokasinya yang berhampiran dengan laluan-laluan utama seperti Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama. Pembangunannya dilakukan di atas nasihat V. Antolic, Penasihat Perancangan Bandar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Shah Alam yang pada ketika itu hanyalah ladang kelapa sawit dan hutan mula dibuka pada tahun 1963 bagi dimajukan untuk dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Selangor yang baru setelah Kuala Lumpur dirancang untuk dijadikan Wilayah Persekutuan. Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan secara rasmi pada tanggal 1 Februari 1974, yang kemudian tarikh 1 Februari disambut setiap tahun sebagai Hari Penubuhan Wilayah Persekutuan. Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang berpusat di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur [2] mula berpindah ke Shah Alam, terutamanya setelah siapnya Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu. Malah nama 'Shah Alam' sendiri dipilih atas perkenan baginda.
Shah Alam pada mulanya diletakkan di bawah pentadbiran Shah Alam Town Board, sebuah agensi di bawah naungan PKNS. Setelah diisytiharkan menjadi ibu negeri, Shah Alam Town Board diserap menjadi Majlis Perbandaran Shah Alam dengan keluasan pentadbiranya pada ketika itu hanyalah 41.69 km persegi. Shah Alam mula berkembang dan mengalami beberapa siri perluasan kawasan sehinggalah yang terakhir berlaku pada 1 Januari 1997 (Melalui Pelan Warta 1190) yang menjadikan keluasannya bertambah menjadi 290.3 km persegi meliputi sehingga ke sebahagian Sungai Buloh. Ia dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menyusun semula persempadanan Majlis Daerah Petaling yang pada ketika itu akan dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Pengisytiharan Sebagai Bandaraya Shah Alam

Kepesatan pembangunan Shah Alam telah membawa kepada kenaikan taraf daripada Perbandaran kepada Bandaraya meskipun baru hanya 21 tahun dibuka. Pada 10 Oktober 2000, Shah Alam mencatakan sejarah setelah diisytiharkan secara rasmi sebagai Bandaraya dan Majlis Perbandaran Shah Alam bermula dari saat itu dikenali sebagai Majlis Bandaraya Shah Alam. Upacara gilang-gemilang dengan mengekalkan adat istiadat Melayu dilangsungkan penuh kemeriahan di Dataran Shah Alam. Y. Bhg. Dato' Haji Abu Sujak Haji Mahmud dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama. [3]
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersetuju dengan permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk menaikkan taraf Shah Alam sebagai sebuah Bandaraya setelah Bandar ini memenuhi kriteria – kriteria yang ditetapkan iaitu :
  • Bandar ibu negeri.
  • Mempunyai jumlah penduduk melebihi 400,000 orang.
  • Menjadi pusat pentadbiran, perniagaan dan perdagangan.
  • Jumlah pendapatan tahunan melebihi RM 100 juta.​

Susunan dan struktur


Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dilihat dari Shah Alam Lake Gardens.

Pusat Khidmat Pelancongan Shah Alam

Litar Shah Alam

Gedung membeli-belah SACC

Seksyen-seksyen di bandar raya Shah Alam
Shah Alam mempunyai susunan dan struktur bandar yang serupa dengan Petaling Jaya atau Subang Jaya dengan kawasan perumahan memenuhi kebanyakan kawasan bandar raya (55.2 km²) dan pusat-pusat komersial bertebaran di sekitar 'Seksyen' yang berbeza. Shah Alam mempunyai sejumlah 56 seksyen. Umumnya Shah Alam boleh dibahagikan kepada utara, tengah, selatan dan sebahagian Sungai Buloh. Shah Alam utara terdiri dari 18 Seksyen termasuklah Seksyen U1, U2, Kampung Melayu Subang dan banyak lagi. Ia mengandungi kawasan coklat di sisi sebelah peta. Shah Alam Tengah adalah bahagian 'utama' di Shah Alam. Ia mengandungi Seksyen 1 sehingga Seksyen 24 yang dilihat dalam peta sebagai warna kuning. Dalam kawasan inilah di mana semua bangunan pentadbiran dan agensi terletak terutamanya di Seksyen 14 (Pusat Bandar Shah Alam) dan Seksyen 5 (Pusat pentadbiran kerajaan negeri). Bagaimanapun pembangunan yang dirancang khas untuk sekitar Seksyen 14 masih belum siap dan sedang rancak berjalan, ia dilaksanakan mengikut pelan pembangunan yang dirancang pada tahun 1996 oleh PKNS dan MBSA. Shah Alam selatan pula mengandungi 12 Seksyen termasuklah Seksyen 25(Sri Muda), Seksyen 30 (Jalan Kebun), Seksyen 31 (Kota Kemuning) dan Seksyen 32 (Bukit Rimau). Di kawasan ini juga ditempatkan beberapa buah kawasan perindustrian yang utama di Shah Alam terutamanya di Seksyen 26 yang menempatkan kilang milikProton. Di dalam peta, Shah Alam selatan dilihat pada kawasan yang ditandai ungu muda.
Bandar raya ini mempunyai sebilangan pusat membeli belah (Plaza Alam Sentral, (juga dikenali sebagai PAS), SACC MallPlaza Shah Alam (dulu dikenali sebagai Shah Alam Mall,juga dikenali sebagai Plaza Masalam), Ole-Ole Seksyen 18, Anggerik Mall dan Kompleks PKNS) dan ia mempunyai banyak sekolah, kedai, bank, kedai makan, kafe, hotel, pusat perbuatan, klinik, pasar raya besar (terutamanya Carrefour (seksyen 23), Giant dan Tesco Extra)(Seksyen 13) dan kawasan rekreasi. Kebanyakan kawasan komersial yang terang terletak di pusat bandar raya terutamanya (Seksyen 14), Seksyen 13 dan Seksyen 9.
Semua jalan utama di Shah Alam termasuklah kota perbandaran baru seperti Setia Alam dan Kota Kemuning mempunyai tanda-tanda jalan dalam tulisan Rumi dan tulisan Jawi.
Lihat juga Senarai jalan Shah Alam

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Shah Alam mempunyai sistem jalan raya dan pengangkutan yang terancang dan teratur. Shah Alam dihubungkan dengan lebuhraya-lebuhraya utama di Lembah Klang seperti Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).
Shah Alam dihubungkan dengan sistem rel keterapi melalui sistem KTM Komuter. Terdapat tiga stesen Komuter di Shah Alam, iaitu stesen Batu Tiga, Shah Alam (stesen utama, terletak di Seksyen 19) dan Padang Jawa. Sistem ini menghubungkan Shah Alam dengan hub pengangkutan utama di stesen KL Sentral di Kuala Lumpur.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terletak 40 km di selatan Shah Alam dan boleh dihubungi dengan melalui Lebuhraya ELITE. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang juga terletak berdekatan dengan Shah Alam. Pelabuhan utama Malaysia, Pelabuhan Klang juga dihubungkan dengan Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan dan jalan keretapi.
Terdapat banyak perhentian bas dan teksi yang terletak di jalan-jalan utama di bandaraya Shah Alam. Perkhidmatan bas dikendalikan oleh syarikat RapidKL dan beroperasi di kawasan-kawasan di seluruh Lembah Klang. Shah Alam juga mempunyai teksi yang beridentitikan imej bandaraya itu sendiri, iaitu teksi Perodua Kenari yang berwarna biru. Perhentian bas yang utama ialah di Kompleks PKNS dan di Seksyen 17.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Klinik[sunting | sunting sumber]

Shah Alam mempunyai banyak klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan kesihatan yang boleh didapati hampir di setiap bahagian. Klinik-klinik ini kebanyakkannya terletak berdekatan dengan kawasan tempat tinggal penduduk. Klinik kesihatan kerajaan terletak di Seksyen 7 dan dikenali sebagai Poliklinik Komuniti Shah Alam (Shah Alam Community Polyclinic).

Hospital[sunting | sunting sumber]

Hospital kerajaan di Shah Alam masih dalam proses pembinaan. Hospital kerajaan ini terletak berhampiran dengan klinik kerajaan di Seksyen 7. Pembinaan hospital kerajaan ini dijangka siap pada tahun 2010 dan mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk 300 katil pada satu-satu masa.
Selain itu, terdapat beberapa hospital swasta di Shah Alam. Pada masa kini, kebanyakkan penduduk Shah Alam mendapatkan rawatan kesihatan di hospital swasta sementara menunggu siapnya hospital kerajaan di Shah Alam. Antara hospital swasta yang terdapat di Shah Alam :
  1. KPJ Healthcare Selangor (juga dikenali sebagai Pusat Perubatan Selangor)
  2. Darul Ehsan Medical Centre (DEMC)
  3. Salam Medical Centre (Shah Alam Specialist Hospital)
  4. Columbia Asia Medical Centre

Seksyen-seksyen di Shah AlamSetiap seksyen di Shah Alam mempunyai tema dalam penamaan nama bagi jalan-jalan yang terdapat di seksyen tersebut. Berikut adalah senarai seksyen-seksyen dan tema masing-masing.

  • Seksyen 1 (Universiti Teknologi Mara) - pendidikan
  • Seksyen 2 - jenis bunga
  • Seksyen 3 - jenis pokok
  • Seksyen 4 - jenis buah-buahan
  • Seksyen 5 (Pusat pentadbiran) - pentadbiran
  • Seksyen 6 - jenis burung
  • Seksyen 7 - jenis permata dan galian dan Universiti Selangor (pendidikan)
  • Seksyen 8 - bentuk muka bumi
  • Seksyen 9 - Kesultanan Melayu Selangor
  • Seksyen 10 - jenis pakaian
  • Seksyen 11 - kebudayaan dan kesenian
  • Seksyen 12 - salasiah pentadbiran kerajaan Melayu dahulu
  • Seksyen 13 - sukan
  • Seksyen 14 (Pusat Bandaraya) - bidang-bidang korporat
  • Seksyen 15 - alatan tangan
  • Seksyen 16 - perlombongan bijih timah
  • Seksyen 17 - jenis ikan
  • Seksyen 18 - tumbuhan di kawasan pantai
  • Seksyen 19 - jenis pekerjaan di kawasan pantai
  • Seksyen 20 - jenis haiwan
  • Seksyen 21 (Tanah Perkuburan) - perkuburan
  • Seksyen 22 - perusahaan
  • Seksyen 23 - perusahaan
  • Seksyen 24 - jenis sayur-sayuran
  • Seksyen 25 (Taman Sri Muda) - nilai-nilai murni
  • Seksyen 26 - daerah dan nama tempat di Selangor
  • Seksyen 27 dan 28 (Taman Alam Megah) - nama tempat-tempat di sekitar Banting dan Gombak
  • Seksyen 29 dan 30 (Jalan Kebun) -
  • Seksyen 31 (Kota Kemuning) - bunga anggerik sebagai Bunga Rasmi Shah Alam
  • Seksyen 32 (Bukit Rimau) - sungai-sungai yang terdapat di Selangor
  • Seksyen 33 - jenis alatan muzik
  • Seksyen 34 - jenis bahagian dalam kereta
  • Seksyen 35 (Alam Impian) - seni dan budaya
  • Seksyen U1 (Glenmarie) - kerjaya
  • Seksyen U2 (Taman TTDI Jaya) - kesussasteraan
  • Seksyen U5 (Bandar Pinggiran Subang, Subang MahSing) - alam semesta
  • Seksyen U6 (Subang) - jenis pokok
  • Seksyen U7 (TUDM)
  • Seksyen U8 (Bukit Jelutong) - bahagian-bahagian dalam rumah
  • Seksyen U9
  • Seksyen U10 (Alam Budiman) - pulau-pulau yang terdapat di negeri Selangor
  • Seksyen U11 (Bukit Bandaraya) - gunung-gunung yang terdapat di Selangor
  • Seksyen U12 (Desa Alam dan Cahaya Alam) - Ulam-ulaman
  • Seksyen U13 (Setia Alam) - Setia
  • Seksyen U16 (Taman Bukit Subang) - Bunga
Semua jalan di bandar raya ini mempunyai papan tanda dengan nama jalan terpapar dalam Bahasa Melayu dengan kedua-dua aksara tulisan Rumi dan Jawi.

Pusat Pendidikan

Universiti Teknologi MARA (UiTM, dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA atau ITM sehingga pada tahun 1996) yang terletak dekat dengan pusat Bandar Shah Alam. Keseluruhan kawasan universiti merangkumi keseluruhan seksyen yang terletak di barat bukit bandaraya yang dikenali sebagai Seksyen 1. Di Seksyen 17 pula, terdapat satu cawangan kampus UiTM yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Kebangsaan (INTEC), Malaysia, dimana pelajarnya perlu menempuhi program persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. INTEC UiTM adalah satu-satu kampus UiTM yang menerima pengambilan pelajar bukan bumiputra.
Selain itu, terdapat juga beberapa institusi pengajian tinggi yang lain di Shah Alam termasuklah kampus kota Universiti Selangor (universiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor) yang terletak di Seksyen 7, Management and Science University (MSU), dan kolej kerjasamanya,PTPL College. Shah Alam juga mempunyai beberapa pusat pengajian yang berkaitan dengan industri yang dikenali sebagai Politeknik Shah Alam (atau Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah), CIAST, and ADTEC.
Di Shah Alam disediakan pelbagai jenis sekolah rendah dan menengah. Adakalanya, ianya melebihi populasi daripada penduduk setempat. Sebagai contoh, berdasarkan senarai dibawah, di Taman Alam Megah, Taman Bunga Negara and Taman Bukit Saga yang berada di Seksyen 27 dan Seksyen 28, terdapat tiga buah sekolah menengah dan tujuh buah sekolah rendah. Manakala, di Seksyen 16 dan 17, sekolah menengah yang ada hanyalah SMK Seksyen 16. Pada masa kini, Shah Alam sudah mempunyai 19 buah sekolah menengah, 1 buah sekolah teknik, 1 buah sekolah vokasional. Dibawah adalah senarai sekolah-sekolah yang ada di Shah Alam.

SEKOLAH MENENGAH
  1. SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Seksyen 2
  2. SMK Seksyen 7
  3. SMK Seksyen 9
  4. SMK Seksyen 11
  5. SMK Seksyen 16
  6. SMK Seksyen 18
  7. SMK Seksyen 19
  8. SMK Seksyen 24
  9. SMK Seksyen 24 (2)
  10. SMK Taman Sri Muda Seksyen 25
  11. SMK Seksyen 27
  12. SMK Kota Kemuning
  13. SMK Bukit Jelutong
  14. SMK Subang
  15. SMK Subang Bestari
  16. SAM Tinggi Tengku Ampuan Jamaah
  17. Sekolah Seri Cahaya
  18. SMK TTDI Jaya
  19. SM Hira'
  20. SMK Alam Megah
  21. SMK Alam Megah (2)
  22. SMK Alam Megah (3)
  23. SM Ibn Khaldun (jalan kebun)
SEKOLAH TEKNIK
  1. SM Teknik Shah Alam
SEKOLAH VOKASIONAL
  1. SM Pendidikan Khas Vokasional
SEKOLAH RENDAH
  1. Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
  2. Sekolah Kebangsaan Seksyen 9
  3. Sekolah Rendah Kebangsaan Subang Perdana(seksyen u3)
  4. Sekolah Rendah Kebangsaan Subang Bestari
  5. Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Bukit Subang
  6. Sekolah Rendah Kebangsaan Lembah Subang
  7. Sekolah Rendah Ibn Khaldun (jalan kebun)
  8. Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong
  9. Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning
  10. Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning (2)
  11. Sekolah Integrasi As-Syakirin
  12. Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau
  13. Sekolah Kebangsaan Seksyen 19
  14. Sekolah Kebangsaan Seksyen 18
  15. Sekolah Seri Cahaya
  16. Sekolah Kebangsaan Seksyen 20
  17. Sekolah Kebangsaan Seksyen 17
  18. Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 (1)
  19. Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 (2) / Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik
  20. Sekolah Kebangsaan Seksyen 13
  21. Sekolah Pendidikan Khas, Seksyen 17
  22. Sekolah Rendah Kebangsaan Subang
  23. Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (1)
  24. Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (2)
  25. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Renggam
  26. Sekolah Kebangsaan Seksyen 16
  27. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Seksyen 7
  28. Sekolah Rendah Hira'
  29. Sekolah Kebangsaan HICOM
  30. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) HICOM
  31. Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (1)
  32. Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (2)
  33. Sekolah Kebangsaan Taman Alam Megah
  34. Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua
  35. Sekolah Kebangsaan Alam Megah (3)
  36. Sekolah Kebangsaan Padang Jawa
  37. Sekolah Kebangsaan TTDI Jaya
  38. Sekolah Kebangsaan Seksyen 24
  39. Sekolah Kebangsaan Raja Muda
SEKOLAH RENDAH AGAMA
  1. Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19
  2. Sekolah Rendah Agama Islam Kg.Subang
  3. Sekolah Rendah Agama Seksyen 3
  4. Sekolah Rendah Agama Proton
  5. Sekolah Rendah Agama Al-Munawwarah
  6. Sekolah Rendah Agama TTDI Jaya
  7. Sekolah Rendah Agama Bukit Jelutong

Ekonomi

Kilang utama PROTON, pembuat kereta nasional, terletak di Shah Alam. Banyak syarikat lain, tempatan dan luar negara, yang juga menempatkan kilang utama mereka di kawasan perindustrian Shah Alam. Kewujudan kawasan-kawasan perindustrian di Shah Alam telah memajukan ekonomi bandaraya ini dan menjadikannya sebuah bandaraya perindustrian yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Silverbird, dan Toyota.